Tuesday, July 27, 2010

Bingkisan Maksu Ngi

Salam..sudah lama menanti blog hj din diaktifkan semula setelah sekian lama sunyi tanpa berita...marilah kita sama-sama memeriahkan blog ini dengan berita2 terkini untuk tatapan dan makluman kita semua.Mak su mewakili semua mak2 penakan meminta semua ahli keluarga supaya selalu melayari blog kita ini dan memberi komen serta memaklumkan sebarang perkembangan untuk tatapan kita semua...selain melayari facebook.Tapi sedihnya mak su tak ada pertambahan ahli keluarga hanya lima saja...siannyer..jelez tengok adik beradik lain bertambah ahli keluarga tiap tahun...tapi tak pa mak tam pun sama...jgn mare tam...-

Mak Su Ngi
26 Julai 2010

Thursday, July 22, 2010

Umrah/Ziarah Bulan Disember

Assalamualaikum...

Kepada semua kenalan dan sanak saudara, ...
InsyaAllah jika diizinkan Allah, kami akan menganjurkan satu program umrah dan ziarah bersama dengan THTS (Tabung Haji Travel & Services) pada cuti bulan Disember 2010 akan datang . Program Umrah dan ziarah ini akan melalui Mesir (Cairo) kemudian ke Mekah dan Madinah dengan pesawat EGYPT AIR. Harga pakej ini masih belum dikeluarkan oleh pihak THTS lagi. Tarikh penerbangan dijadualkan pada 14 Desember 2010 dan penerbangan balik pada 27 Desember 2010 (14H/12M).
Sebarang maklumat berkaitan boleh lawati laman web Tabung Haji (THTS) @ hubungi talian 0195459140 (Ustazah Hjh. Nor Asma Abdullah @ 019 5640890 ( Hj. Mohd Naim Ramli) untuk keterangan lanjut.

Sekian, harap maklum.